Semalam, Miss A dapat berita anak Johan dan Ozlyn iaitu Nur Chantik telah dimasukkan ke hospital kerana demam panas.. Berita ini telah dikongsikan sendiri oleh pasangan suami isteri ini di laman Instagramnya mereka..
Disebabkan Chantik demam, Ozlyn dah tidur bersama anaknya itu kat hospital di atas katil sakit.. Menerusi muatnaik status Johan, dia telah menulis bahawa dia tak marah bila Ozlyn tidur sekali dengan anaknya itu..
Johan ni perli Ozlyn dalam diam ke apa ni? Mungkin Johan nak minta isterinya itu temankan dia tidur.. Alah Johan ni, anak tengah sakit bagi la peluang kat anak pulak tidur sekali dengan mama dia..
Sampai tak boleh nak berenggang langsung.. Anak kecik tu pun tak minta dapat sakit dan demam macam itu.. Sekali sekala bagi la peluang kat anak pula nak manja-manja dengan ibu dorang.. Asyik ayah dorang je nak bermanja dengan ibu.. Hehehe..
Apapun, Miss A doakan anak mereka akan cepat sembuh.. Kesian pulak kat Johan nanti, sebab malam-malam isteri dah tak temankan dia tidur sekali.. Hahaha..
loading...