Kesiannya isteri dia… baru berkahwin dah kena sampai macam ni.. bawa bersabar lah kak.. dah nama pun dunia hiburan
Tahniah kami ucapkan kepada pelakonShah Iskandardan juga isteri,Siti Sarah Mohd Nooryang telah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz di dalam majlis yang cukup meriah di dewan Ballroom, East Coast, Singapura.
Sebelum ini, Shah pernah menyatkaan bahawa memandangkan umur mereka berdua sudah lanjut maka mereka memilih untuk berkahwin tanpa bertunang bagi memudahkan segala urusan. Majlis pernikahan tersebut turut dihadiri oleh keluarga dan sanak saudara terdekat.
Selain itu, Shah juga sangat bersyukur kerana isterinya itu sangat memahami kerjaya seninya sebagai pelakon dan sangat penyabar. Pelakon ini juga tidak mahu mendedahkan jumlah mas kahwin dan hantaran.
Semoga ikatan perkahwinan mereka akan sentiasa dilimpahi rezeki selain dipermudahkan segala urusan. Malah pastinya peminat Shah Iskandar selepas ini menantikan cahaya mata daripada pasangan ini.
Sumber: h2m9363
loading...